Monday, September 6, 2010


Salam Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga..
Tahun nie kami sekeluarga beraya di Teluk Intan dulu..Rumah family wife aku...Raya ke 3 atau ke 4 baru aku balik ke melaka..Kepada semua umat islam diucapkan Selamat Hari Raya, berhati-hati semasa memandu di jalan raya, di lebuh raya. Kepada kawan-kawan aku jemput datang ke rumah..

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al-Mubarak



Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga dengan kedatangan
bulan Ramadhan ini amal ibadah kita bertambah hendaknya.

Ikhlas dari kami sekeluarga...Haizal, Shidah & Hani Qistina

Jalan-jalan cuti sekolah

Time cuti sekolah bulan 6 hari tue, aku dan family berjalan ke Kedah..Antara gambar yang telah diambil..



















Thursday, June 24, 2010

Kabinet Dapur

Salam semua...perggghhh...lama giler dah aku tak update aku punya blog..sorilah sgt2...since aku dah lma tak upload blog nie,kira banyak jugaklah aktiviti yang dah aku buat..ada masa nanti aku upload..yang terkini baru-baru nie aku ada buat sikitlah kabinet dapur kat rumah aku..pada aku dan wife aku kerja yang dibuat oleh kontraktor nie memang puas hati..apa yang aku nak semua ada,dari design dia,color dia dan memang menepati masa..Kontraktor nie org melayu kita jugak..En Azhar..kilang dia di semenyih,kajang..Jauh jugaklah aku dapat contact dia nie...sapa2 bloggers yang pernah masuk laman sembang rasa mungkin ada terperasan dengan nama en azhar nie..Harga yang diberikan memang sgt2 murah lah pada aku..kabinet yang aku buat tue harga dia RM4470..pintu solid nyatoh..harga tue termasuk hood,tempat pinggan stainless steel,2 drawer tempat letak pinggan stainless steel yang dalam kabinet bawah dan aku buat sekali satu partition tepi tangga..harga tue jugak termasuk kos penghantaran..kira murahlah kan...color yang aku buat tue pun cdgn dari en azhar iaitu Royal Mahogany,kena dgn color dapur aku warna kuning..So,sape2 yang berminat nak buat dgn en azhar nie bolehlah call aku atau dtg dlu rumah aku tgk dengan mata sendiri dulu,puas hati ke tak..bawah nie antara gambar-gambar yang telah aku snap..x clear sgt sebab pakai hdset..sori...