Monday, July 28, 2008

Facebook Friendster

Kitchen Cabinet



Ini adalah contoh-contoh kitchen cabinet yang aku cari dalam internet.Lawa jugak rasanya.Mahu-mahu harga tue kat 5 ke 6 ribu kot.

Tuesday, July 22, 2008

Zaman remaja aku di APAT


Asrama Putra Angkatan Tentera

Masa nie aku Form 2 kalau tak silap aku

Kena kawat tiap-tiap hari sabtu

PKBM-Persatuan Kadet Bersatu Malaysia

Disinilah aku menghabiskan masa aku ketika aku sekolah menengah dulu.Aku duduk di Asrama Putra Angkatan Tentera (APAT) Kem Terendak Melaka.No Putera aku 778.Banyak kenangan sebenarnya duduk di APAT nie.Kalau bab2 ragging tue dah biasa dah,basuh baju senior (abg2 form 5),iron baju senior,kemas bilik senior.Kat hostel nie kami x duduk dalam dorm macam hostel2 yang lain,kami dibahagikan bilik,satu bilik 3 orang,ada 3 katil,ada 3 meja study.Dalam bilik tue siap ada bilik mandi lagi beserta tab mandi..dasyat tak?Kehidupan kami kat sini sama je macam kehidupan seorang tentera,makanan yang kami makan tiap-tiap hari tue pun supply dari tentera jugak.Hari sabtu kami kena berkawat.Sebab tuelah kami2 yang duk hostel kat APAT nie jenis-jenis bukan lemah lembutlah.Setakat kena pukul dengan senior tue dah biasa dah.Tapi memang bestlah duk APAT nie.


Wajah-wajah kesayangan





Akhirnya aku letak jugak gambar perkahwinan aku dalam blog nie setelah hampir 10 bulan aku berkahwin.Gambar-gambar yang lain nanti aku upload.

Kenangan Projek Sarjana Muda






Inilah antara serba sedikit gambar yang aku letak sebagai kenangan ketika aku melaksanakan boleh dikatakan misi besar jugaklah di dalam menempuh hidup sebagai pelajar UTM, Projek Sarjana Muda.2 semester aku bergelut dengan projek nie.Tapi akhirnya berbaloi jugaklah setelah result keluar.Terima kasih pada kawan-kawan dan terutamanya siapa lagi kalau bukan penyelia aku, Dr.Mokhtar Harun dan tak lupa pada En.Azam Sulong yang bagi aku serba sedikit idea untuk penulisan tesis,banyak bahan-bahan aku dapat dari en azam.Thanks a lot.

Thursday, July 10, 2008

Lighting (Moving Light)





Untuk sesebuah persembahan, set pencahayaan memainkan peranan yang amat penting bagi menghasilkan sebuah persembahan yang hebat selain daripada sistem bunyi yang baik. Ianya boleh mendatangkan mood kepada penonton. Disini saya sertakan beberapa set sistem lampu pentas untuk pengetahuan umum.Gambar-gambar ini saya ambil sewaktu saya pergi ke bengkel tentang sistem audio dan lighting di Acoustic & Lighting System.

Wednesday, July 9, 2008

Antara contoh-contoh bahan berkaitan akustik






Ini adalah antara contoh-contoh bahan yang berkaitan dengan sistem akustik.Subjek akustik nie aku belajar masa aku buat degree dulu di UTM dalam subjek Sistem Kejuruteraan Akustik dan Audio. Terima kasih kepada Dr. Mokhtar yang juga selaku penyelia projek akhir dan tesis aku kerana telah menunjuk ajar aku.

Contoh-contoh grill rumah






Tuesday, July 8, 2008

Aku dah ada rumah sendiri


Alhamdullilah.. aku dah beli sebuah rumah dekat tempat area aku keje nielah. Cita-cita aku nak beli rumah sebelum aku kahwin dulu tercapai jugaklah akhirnya.Tapi sakit jugaklah masa tue..dengan nak bayar duit deposit rumah, nak bayar duit lawyer, dengan duit untuk urusan perkahwinan lagi, tapi alhamdullilah ada jugaklah rezeki.yang kat bawah tue adalah rumah aku.La nie aku tengah duk upah orang membuat grill.Banyak jugaklah duit nak pakai untuk rumah nie. Inilah dia rumah aku..