Wednesday, October 21, 2009

Renovation Rumah

Rumah aku kat taman wangsa setia tengah buat renovation sikit-sikit. La nie tengah pasang plaster ceiling dengan cornice dan buat wiring semula. Dekat dapur, aku tambah 5 point soket lagi,senang nanti,peti ais 1 point,oven 1 point, rice cooker 1 point, cerek elektrik 1 point. Wiring tue kontraktor tarik dari DB. Aku tak bagi dia loop dari soket yang sedia ada kat dapur dan kontraktor tue sendiri tak galakkan,merbahaya. Untuk jangka pendek mungkin tiada kesan,tapi dh masuk 2 ke 3 tahun mungkin ada effect sebab panas. Maklumlah aku dlu ambil degree cos elektrik,tahulah sikit-sikit bab elektrik nie. Kontraktor nie siap 'hack' lagi untuk point tue. Dalam bilik pun aku tambah wiring jugak. Kontraktor ini bagi aku memang murah, boleh bawa runding. Senang deal ngan dia. Nama dia Ah Leng.Kerja yang dia ngan anak-anak buah dia buat memang kemas,plaster yang dibuat memang licin. Kos yang aku kena untuk semua wiring termasuk wiring untuk downlight adalah RM1000.00. Kos nie termasuk dengan siap pasang lampu dan kipas dan tambahan fius pada DB. Murahkan.Harga member-member.Dia nie aku dah kenal lama dah. En Azam yang kenalkan aku dengan dia. So dapatlah harga member-member.

Untuk plaster ceiling n cornice pulak kontraktor nie aku kenal dari Ah Leng nie.Kawan dia. Ah Meng namanya.Harga yang dia bagi pun boleh tahan murah jugak. RM 1200.00 dari ruang tamu hingga ke ruang makan.Nie pun harga member-member jugak. Setakat nie kerja yang dibuat kemas,dekat plaster ceiling tak nama kesan sambung. Kat bawah nie adalah sikit akul letak gambar-gambarnya tapi belum siap lagi.





Wiring dekat dapur.Tambah satu plug point.



Wiring dalam bilik.



Wiring kat dapur.



Tengah hack point untuk peti sejuk.



Wiring downlight

No comments: