Rumah aku kat taman wangsa setia tengah buat renovation sikit-sikit. La nie tengah pasang plaster ceiling dengan cornice dan buat wiring semula. Dekat dapur, aku tambah 5 point soket lagi,senang nanti,peti ais 1 point,oven 1 point, rice cooker 1 point, cerek elektrik 1 point. Wiring tue kontraktor tarik dari DB. Aku tak bagi dia loop dari soket yang sedia ada kat dapur dan kontraktor tue sendiri tak galakkan,merbahaya. Untuk jangka pendek mungkin tiada kesan,tapi dh masuk 2 ke 3 tahun mungkin ada effect sebab panas. Maklumlah aku dlu ambil degree cos elektrik,tahulah sikit-sikit bab elektrik nie. Kontraktor nie siap 'hack' lagi untuk point tue. Dalam bilik pun aku tambah wiring jugak. Kontraktor ini bagi aku memang murah, boleh bawa runding. Senang deal ngan dia. Nama dia Ah Leng.Kerja yang dia ngan anak-anak buah dia buat memang kemas,plaster yang dibuat memang licin. Kos yang aku kena untuk semua wiring termasuk wiring untuk downlight adalah RM1000.00. Kos nie termasuk dengan siap pasang lampu dan kipas dan tambahan fius pada DB. Murahkan.Harga member-member.Dia nie aku dah kenal lama dah. En Azam yang kenalkan aku dengan dia. So dapatlah harga member-member.
Untuk plaster ceiling n cornice pulak kontraktor nie aku kenal dari Ah Leng nie.Kawan dia. Ah Meng namanya.Harga yang dia bagi pun boleh tahan murah jugak. RM 1200.00 dari ruang tamu hingga ke ruang makan.Nie pun harga member-member jugak. Setakat nie kerja yang dibuat kemas,dekat plaster ceiling tak nama kesan sambung. Kat bawah nie adalah sikit akul letak gambar-gambarnya tapi belum siap lagi.
Alhamdullilah,tanggal 19 Oktober 2009 hari tue,genaplah sudah usia Hani 1 tahun. Pejam celik pejam celik anak ayah n mama dah setahun dah. Semoga Hani sentiasa dilindungi oleh Allah, semoga menjadi anak yang solehah, taat pada perintah allah, mendengar kata kedua ibu bapa. So, semalam aku sekeluarga buatlah sikit acara potong kek untuk anak tercinta.Takde jemput sesiapa pun.
Aksi anak aku membuka kotak kek.Pandainye..
Happy Birthday Nur Hani Qistina - 1 Tahun
Hani memotong kek walaupun pada tangan kirinya dah penuh dengan kek.
Tanggal 20 september 2009,umat islam di seluruh Malaysia telah menyambut ketibaan Syawal.Pada hari itu jugak ayah aku menyambut Hari Ulangtahunnya. Di Pagi raya,lepas bersalam-salaman dengan keluarga2ku,kami sempat mengucapkan selamat hari ulangtahun kepada ayahku. Pas sembahyang raya,kami bertolak balik ke kampung menziarahi sanak-saudara dan menziarahi kubur arwah adikku yang meninggal dunia semasa kecil, kubur arwah atuk dan nenek ku dan juga sedara mara ku.Kira seharian jugaklah kita org berjalan masa raya pertama.Hani sampai letih dibuatnya,nasib baik singgah rumah pak itam aku,dapat dia tidur sekejap..dekat sejam lebih jugak dia tidur.
Disini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan. Ampun dan Maaf Dipinta.Maaf Zahir dan Batin.Raya nie jemputlah datang ke rumah.
Wah...meriah sungguh rasanya bila tgk gambar kat bawah nie...nielah dia baru dikatakan hidup bersatu padu..tidur pun sama-sama..Gambar nie diambil masa aku balik kg di teluk intan cuti merdeka days yang lepas.Yang dalam buai-buai tue anak-anak buah aku termasuklah anak aku sendiri,Hani.Hani duk buai yang color biru tue..abang ipar aku ada balik jugak masa tue..so meriahlah rumah dengan suara budak-budak..tambah pulak budak sebelah rumah duk main meriam buluh..nasib baik takde yang tercedera.
Already long did't update this blog.Before that, i want to wish Selamat Berpuasa to all umat islam in this world and don't forget to go sembahyang terawih hah..Di bawah is my daughter up to date picture with his mama adopted on 24 august..Hani sekarang dah tumbuh gigi dah..dah 2 batang gigi di sebelah bawah..Now,kalau ada jari-jari yang berjaya dimasukkan kedalam mulutnya..siaplah habis dia gigit....:) Love u Hani..